Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Thursday, May 14, 2009
~Lafaz yang tersimpan~
Sunday, April 19, 2009
Tanpa - Sixth Sense
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
Wednesday, February 11, 2009
~Tika Dinihari~
Oh Tuhanku
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu
Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu
Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu
Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami
Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami
Wednesday, February 04, 2009
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza) (Composed by Michael Heart)
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Thursday, January 29, 2009
~Warkah Buat Kaum Adam~
Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan
Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Sunday, November 02, 2008
Antara 2 Cinta
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh
Friday, October 10, 2008
Sunday, September 21, 2008
~PESONA CINTA~
Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku
Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung
Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja
Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya
Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati
Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah
Monday, September 01, 2008
Marhaban Ya Ramadhan

الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Kumengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasaku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kumemohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Kumerayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua..
Ya Allah...Kau ampunkan dosa kami sekalian dgn rahmat RamadhanMu.
moga tangisan kami di akhir Ramadhan ini menjadi sebab mendapat keampunanMu..
Aku mohon Ya Allah, kurniakanlah apa yang terbaik utkku.. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui.. Amin.."
Wednesday, August 13, 2008
tafakur
Ya Allah..
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
Tuesday, June 17, 2008
~ Selamat Hari Bapa ~

Selamat Hari Bapa untuk ayah.. kakak sentiasa doakan smoga segala pengorbanan ikhlas ayah untuk menjaga kami adik beradik dibalas dan 'dipandang' oleh Allah.. Kehadiran ayah memberi sinar baru dalam keluarga kami.. Trutama kami yg sgt dahagakan kasih sayang drpd seorang ayah.. Smoga kita sama2 dapat hidup bahagia hingga ke syurga.. Insyaallah..
~ikhlas dari kakak~
terima kasih ayah, tk trluah dengan kata2 betapa kakak sangat menghargai dan sayang ayah.. sanggup ayah berkongsi segala suka dan duka kami.. bersama menempuh onak dan duri dalam kehidupan ni.. kakak sentiasa berdoa smoga kami adik beradik dapat membalas jasa ayah, dapat jaga ayah sprtimana ayah mnjaga kami skrang.. kakak harap kami dapat jd anak2 terbaik utk ayah.. supaya kami dpt jd kebanggaan ayah.. segala nasihat ayah kepada akan sentiasa trpahat dihati dan mnjd panduan dlm hidup kami.. tk lupa kepada arwah abah, smoga abah digolongkan dikalangan soleh yang sentiasa dibwh rahmatNya.. kakak harap dosa kakak pd abah sms hidup dl tlh diampunkan..
Wednesday, June 11, 2008
~ tk tahu apa yg bermain di fikiran ~
BEKALAN
"Kebahagiaan tidak bergantung pada orang lain, tetapi berada di tangan sendiri"
"Kita tidak mampu mengubah masa lalu dan tidak pula merancang masa depan dengan gambaran yang sesuai dengan kehendak kita... Untuk itu, tidak ada gunanya membinasakan diri dalam kekecewaan kerana sesuatu yang tidak mampu kita ubah "
Ya Allah, aku tk tahu apa yg bermain difikiranku skrang.. sedih, pilu, suka, duka dtmpt orang.. Jadilah aku dikalangan hambaMu yang redho dengan ketentuan yang telah Engkau tetapkan.. Bimbinglah aku Ya Allah.. Aku ingin menjadi seorang yg boleh membahagiakan org yg berada disekelilingku.. Jauhilah aku dari sikap suka mengeluh dan menyesali atas setiap sesuatu.. Kurniakan dan pertemukanlah aku dengan seorang yang ikhlas yang dapat membimbing aku ke jalan mendekatiMu.. Hanya Engkau yang mengetahui segala isi hatiku.. Innakas sami'ul 'alim..
~ terima kasih mak ayah bwk kakak jln2 cuti hari tu hanya utk tenangkn kakak, kakak tau mak ayah risaukan kakak.. tp masing2 sembunyikan dari kakak.. Insyaallah, kakak dh cuba buat yang terbaik.. kakak akan cuba untuk menjadi seorang yg tabah, belajar dari kesilapan.. mungkin apa yg berlaku ni ada hikmah.. hanya dengan doa mak ayah saja yang kakak harapkan utk menjadi sumber kekuatan.. ~
Monday, June 09, 2008
~ Ya Allah Berkatilah Hidupku ~
Wednesday, May 28, 2008
فإذا عزمت فتوكل على الله
فإذا عزمت فتوكل على الله
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu
Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan
Tuhan Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang
Semoga
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati Itu yang abadi
Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya
Saturday, May 17, 2008
~ SeLaMaT HaRi GuRu ~

kak liza, wani n nurul =)
sibuk fikir pantun... jadi mc hari guru...
nk makan pun sempat bergambar..

cikgu-cikgu baju ungu...
geng hijau...
Kami guru Malaysia
Pada Seri Paduka
Di bidang pembangunan
Amanah yang diberi
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Lagu Tema Hari Guru 2008
Guru cemerlang
Guru berjasaBerkhidmat dengan setia
Guru cemerlang negara terbilang
Sunday, May 11, 2008
~ SeLaMaT HaRi iBu ~
Mak, Selamat Hari Ibu! Terima Kasih kerana telah mendidik dan membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang... Terima Kasih kerana mak tak jemu2 mendoakan kami walaupun kami kadang2 terlalu menurut perasaan muda... Hanya Allah yang dapat membalasnya... Doa kami supaya mak sentiasa di bawah rahmat yang Esa dan doakan kami supaya kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... Amin...
Ibu,
Bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu
Ibu
Kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Wednesday, April 30, 2008
(( Jangan Kau Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.. ))
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)
Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
p/s - syukran kepada ma@iluvislam..
Sunday, April 20, 2008
~ CINTA ~
CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.
Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.
Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.
Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.
Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami@isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.
Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.
Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.
Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.
Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, ustaz selitkan seloka untuk renungan semua.
Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.
Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..
Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..
Anda telah besedia untuk bercouple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.
Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai! (edited from ustaz zamri)
~ YA Allah, Engkau ampunilah segala dosaku yg telah lalu.. Niatku untuk bersamanya hanya untuk mencari RedhoMu.. mencari seorang pemimpinku di dunia dan di akhirat nnt.. Mungkin aku telah melampaui batas semasa tempoh perkenalanku itu.. Dan mungkin juga aku terlalu asyik sehingga membelakangiMu.. Ya Allah.. Astaghfirullah.. Ya Allah, niatku hanya mencari RedhoMu bersamanya untuk menuju syurgaMu.. Tapi Engkau penentu segalanya.. Maha Mengetahui setiap sesuatu.. Aku redho dengan segala ketentuanMu.. Seandainya dia bukan yang terbaik untukku, aku mohon Engkau damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu dan aku mohon kepadaMU, Engkau tetapkanlah kepadaku seorang suami yang soleh dan mencintai Islam yang dapat membimbing aku dan keluargaku kearah keredhoanMu.. KeredhoanMu adalah Puncak Cintaku.. Amin.. ~
Monday, April 07, 2008
nasihat dr kak liza
liza abdul aziz: Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
* Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
* Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
* Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya
* Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari ataliza abdul aziz: # menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
# Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati
warrnie: thanks 4 evrythng.. kak doa kt wani tau.. sedeh
Wednesday, March 26, 2008
Seandainya tercatat dia milikku
Seandainya tercatat dia untukku
Dekatkanlah daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap waktu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu










